KUCHING: Jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2022 ialah RM332.1 bilion, naik 3 peratus berbanding Bajet 2021 sebanyak RM322.54 bilion.
Perbelanjaan mengurus: RM233.5 bilion (naik 6.3 peratus; 2021: RM219.6 bilion)
Perbelanjaan pembangunan: RM75 bilion (Naik 22.5 peratus, 2021: RM61.2 bilion).
Demikian menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Tema belanjawan kali ini ialah “Keluarga Malaysia, makmur sejahtera.”
Anggaran defisit untuk 2022: 6 peratus
Kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan tumbuh antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada tahun depan.