Sunday, May 22, 2022

Bantuan untuk warga emas, ibu bapa tunggal, keluarga tiga anak atau lebih

Secara Rawak

Bajet 2022 menyaksikan bantuan sekali bayar tertinggi diumumkan kerajaan sebanyak RM2,000.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, bantuan itu akan  memberi manfaat kepada  keluarga yang isi rumah memiliki tiga orang anak.

“RM2,000 bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan,” kata beliau ketika pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, petang ini.

Jelasnya, pemberian di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.

“Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000,” kata Tengku Zafrul.

Katanya, bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas.

“Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

“Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru