Friday, August 19, 2022

Bantuan RM150 untuk murid sekolah

Secara Rawak

Tiga juta murid akan mendapat manfaat daripada peruntukan RM450 juta  di bawah Bantuan Awal Persekolahan.

Menurut   Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, meningkat berbanding RM100 sebelum ini,

Jelasnya, Bajet 2022 turut pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi terbabit.

“Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, petang ini .

Beliau berkata, kerajaan juga bercadang melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Dis 2022.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru