Friday, August 19, 2022

ADUN Simunjan serah projek kepada kontraktor

Secara Rawak

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah menyerahkan tiga tapak projek kepada para kontraktor di Bilik Gerakan Zon 4 Rangawan pada Khamis.

Projek pertama iaitu Cadangan Membina Jalan Ladang Kawasan Tanjung Kelaso Asajaya akan dilaksanakan oleh kontraktor Nurhadiee Enterprise yang bernilai RM389,123 dijangka siap 28 Februari 2022. 

Projek ini akan membina baru jalan ladang sepanjang sepanjang 1,100 meter melibatkan tujuh lorong di Kampung Tanjung Kelaso dan Kampung Rangkang serta pembinaan sebuah pembentung.

Projek kedua pula iaitu Cadangan Membaik Pulih Jalan Ladang Sungai Pega, Kampung Ensengei Iban Simunjan yang bernilai RM126,336 akan dilaksanakan oleh Farneydza Corporation  yang merangkumi kerja membaik pulih jalan ladang sepanjang 1,200 meter dan kerja-kerja pembersihan parit.

Projek terakhir ialah Projek Cadangan Membina Ring Bund di Tepi Sungai Batang Sadong sepanjang Kampung Sungai Sabun yang bernilai RM410,661.85 yang akan dikendalikan oleh Syarikat Sinaran Enterprise.

Skop kerjanya merangkumi membina ring bund baru sepanjang 1,750 meter dan membina dua unit pembentung HDPE bersaiz 1.5 meter diameter bersama pintu air.

Kesemua projek adalah di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA).

Hadir sama adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Asajaya dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Samarahan serta para kontraktor.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru