Sunday, July 3, 2022

Abang Johari: Sarawak sedia beli pil antiviral Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia untuk membeli pil antiviral Covid-19 dalam memastikan keselamatan rakyat terjaga daripada wabak ini.

Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Penasihatnya Datuk Seri Dr Sim Kui Hian untuk membeli pil antiviral Covid-19 tersebut.

“Jika pil ini ada nanti dan mereka memberi kepercayaan atas kegunaan ubat ini, kerajaan akan membelinya untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Seksyen 18 Kanun Negeri bagi Kampung Semariang, hari ini.

Tambah Abang Johari, walaupun kita masih dilanda wabak Covid-19 dan pada masa yang sama banyak varian baharu yang muncul, ahli saintis juga muncul dalam mengeluarkan pil antiviral Covid-19 ini juga.

“Hari ini saya melihat terdapat Varian baharu daripada jangkitan Delta dan varian ini juga mempunyai sub-varian.

“Justeru sekarang, pil yang menyerupai pil Panadol ini telah muncul dan kerajaan akan mendapatkan pil ini sebaik sahaja ia diluluskan serta telah tersedia dibekalkan kepada negara ini,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru semua rakyat untuk sentiasa menjaga diri mereka sendiri dan sentiasa berwaspada akan ancaman Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru