Sektor pendidikan menyaksikan peruntukan tertinggi lebih RM67 bilion dalam Belanjawan 2022.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah tersebut, RM52.6 bilion diperuntukkan kepada kementerian pendidikan.
Manakala RM14.5 bilion lagi diperuntukkan kepada kementerian pengajian tinggi.
Peruntukan itu termasuk bantuan peranti kepada 600,000 pelajar universiti.