Tuesday, June 28, 2022

95 kematian, Sarawak 31 kes

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 95 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,769 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 24 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 31 kes.

Ini  diikuti Johor (15), Sabah (11), Perak (sembilan), Kelantan (enam), Pahang (lima), Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing empat), Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga), Perlis (dua) serta Kedah dan Putrajaya (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Selangor dan Labuan.

Sebanyak 71,358 kes aktif dilaporkan, termasuk 564 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 299 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini  ialah  2,454,749 kes setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru