Tuesday, June 28, 2022

RM1 bilion untuk selenggara sekolah

Secara Rawak

Sebanyak  RM1 bilion disediakan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar di negara ini di bawah Bajet 2022.

Menurut   Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah bawah Kementerian Pendidikan akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar seragam.

“Bagi tahun 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, petang ini .

Bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, kerajaan, katanya,  akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru