Friday, August 19, 2022

Perompak rampas telefon wartawan semasa siaran langsung

Secara Rawak

MESIR: Seorang perompak kantoi dan ditahan pihak berkuasa selepas dia merampas telefon bimbit wartawan semasa mangsa melakukan siaran langsung kesan gempa bumi yang melanda Mesir baru-baru ini.

Klip berdurasi 36 minit itu memaparkan suspek menunggang motosikal dan menghisap rokok.

Dia tidak sedar sedang dirakam melakukan jenayah semasa merampas telefon bimbit milik Mahmoud Ragheb.

Semasa insiden itu rancangan tersebut ditonton sekitar 20,000 orang dan selepas menerima laporan kecurian itu polis segera melakukan usaha menjejakinya dengan bantuan orang ramai yang menonton video tersebut.

Menurut laporan agensi berita tempatan seperti dipetik TOI, insiden itu berlaku di jambatan yang terletak di Shubra al-Khaimah.

Wartawan itu berjalan di tepi jambatan ketika suspek datang dari belakang, merampas dan memecut motosikalnya melarikan telefon tersebut.

Netizen turut mempersendakan pencuri itu kerana cuai dan sehingga tidak sedar tindakannya dirakam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru