Sunday, May 22, 2022

Pelajar disangka penagih dadah gara-gara solekan

Secara Rawak

XICHANG: Seorang pelajar lelaki di Xichang, yang muncul di kantin universitinya dengan solekan menyebabkannya ditahan polis.

Solekannya yang begitu realistik membuatnya kelihatan seperti penagih dadah dan ia juga menyebabkan pengguna Internet membuat laporan kepada pegawai keselamatan universiti tersebut.

Rentetan laporan itu, polis antidadah turut dihubungi namun hasil siasatan terperinci, rupa-rupanya ia hanya solekan yang dilakukan untuk tujuan suka-suka, selain mengharapkan pekerja di kantin tersebut bersimpati dengannya dan memberi makanan lebih kepadanya.

Dalam video yang diedarkan meluas di Sina Weibo, remaja lelaki menggunakan bayangan mata hitam di seluruh mata dan pipi mereka, menyerupai lingkaran gelap di bawah mata selain menjadikan wajah nampak kurus, dan sengaja batuk di kantin ketika pelajar mengambil makanan.

Ia bertujuan membangkitkan rasa kasihan dalam kalangan pekerja kantin sekali gus menyebabkan mereka mendapat lebih banyak makanan, lapor Global Times.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru