Tuesday, June 28, 2022

Lelaki terkena percikan najis manusia dari pesawat 

Secara Rawak

ENGLAND: Seorang lelaki berdiri di kebunnya yang terletak berhampiran Istana Windsor di England, terkena percikan najis manusia yang dibuang dari sebuah pesawat.

Mangsa kemudiannya menghubungi syarikat penerbangan yang bertanggungjawab melakukannya setelah mengenal pasti pesawat itu melalui aplikasi pengesanan.

Semasa menceritakan perihal insiden itu, Karen Davies, ahli majlis Clewer East mengatakan dia ”ngeri” mendengarnya.

Ketika berucap di forum penerbangan Royal Borough of Windsor dan Maidenhead beliau mengatakan ”saya tahu beberapa kejadian berlaku setiap tahun dengan kumbahan beku dari pesawat, tetapi kumbuhan ini tidak beku dan seluruh kebunnya terpercik dengan cara yang sangat tidak menyenangkan.”

‘Biarpun begitu mangsa mengambil keputusan tidak menuntut insuran selepas tanamannya terjejas akibat insiden terbabit, lapor WION.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru