Sunday, December 5, 2021

Kuching City FC kena pusingan ‘U’

Secara Rawak

KUCHING: Kekecewaan menyelubungi pemain skuad Kuching City FC ketika ini.

Apa tidaknya, perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B menentang Terengganu FC pada 10 November depan kempen Piala Malaysia 2021 yang sebelum ini dijadual berlangsung di laman sendiri (Stadium Negeri, Petra Jaya) ditarik balik.

Dan kekal berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru seperti mana jadual asal.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, perubahan jadual perlawanan tersebut telah dimaklumkan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada pihaknya beberapa hari lepas.

“Pihak kita akan membuat rayuan berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini,” jelas Iswandi.

Sambil berharap permohonan yang akan dikemukakan pihaknya nanti akan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin.

Menurut Iswandi, benerapa alasan diberikan diberikan disebalik perubahan jadual perlawanan tersebut iaitu berhubung prosedur operasi standart (SOP) dan masalah bagi mendapatkan tiket kapal terbang untuk pasukan yang ingin ke Sarawak.

The City Boys yang masih kekal ditangga keempat Kumpulan B ketika ini dengan menggumpul satu mata dan akan menentang Selangor FC pada Sabtu ini (30 Oktober).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru