Saturday, December 4, 2021

Kendali judi haram, suami isteri naris dipenjara

Secara Rawak

KUCHING: Sepasang suami isteri diarah menjalani perintah khidmat masyarakat oleh Mahkamah Majistret semalam, atas kesalahan mengendalikan mesin judi menggunakan telefon pintar, Februari lalu.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Awgku Mohd , 23, dan Sufina, 29, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah gerai burger di Lorong 1, Stutong Stampin Baru sekitar jam 8.15 malam, 24 Febuari lepas.

Bagi tertuduh pertama Awgku Mohd mahkamah memerintah dia menjalani khidmat masyarakat selama empat bulan dengan dua jam bekerja setiap hari.

Manakala, tertuduh kedua perlu menjalani khidmat masyarakat selama sebulan dengan bekerja dua jam sehari.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 untuk setiap mesin judi dan penjara maksimum lima tahun.

Bagaimanapun, tertuduh pertama memohon agar diringankan hukuman kerana isterinya (tertuduh kedua) mengandung enam bulan dan memerlukan penjagaan.

Mereka juga mengaku terpaksa melakukan aktiviti tersebut kerana tiada pekerjaan dan perlu menampung keperluan harian.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru