Saturday, December 4, 2021

Seorang lelaki cedera parah dalam pergaduhan di Samarahan

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki tempatan cedera parah dipercayai terkena senjata tajam dalam kejadian pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah bistro, Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan (DSP) Sudirman Kram memberitahu bahawa kejadian tersebut telah dilaporkan pada jam 2.05 petang di Balai Polis Kota Sentosa semalam.

“Kesemua suspek tersebut ditangkap di sekitar kawasan Batu 7 Padawan dan ditahan reman untuk siasatan lanjut kes.

“Sembilan orang suspek yang ditangkap termasuk suspek utama yang merupakan seorang warga tempatan berusia 20 tahun dan 29 tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya lagi, mangsa kejadian dihantar ke hospital Kuching oleh rakannya sendiri untuk mendapatkan rawatan segera.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis, justeru orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru