Sunday, December 5, 2021

Sarawak rekod 713 kes, Kuching, Miri terus tinggi

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menyaksikan 713 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 237, 762 kes

Menurut JPBNS,  daripada jumlah itu 696 ialah kategori satu dan dua manakala 17 kes kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, Kuching terus merekodkan kes tertinggi dengan  206 kes.

Ini diikuti Miri 142, Sibu (72), Bintulu (66), Serian (46), Lawas (440, Limbang (27), Samarahan (140, Saratok dan Daro masing-masing sepuluh kes.

Sebanyak 23 daerah merekodkan satu angka, antara satu kes hingga sembilan kes.

Tujuh daerah tidak merekodkan sebarang kes, iaitu Mukah, Tebedu, Matu, Tanjung manis, Kabong, Telang usan dan Belaga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru