Tuesday, September 27, 2022

Trend kematian di Indonesia menjunam

Secara Rawak

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini  menuju lima juta kes.

Setakat pagi ini sudah terdapat lebih daripada  4.96 juta kematian manakala jumlah jangkitan lebih daripada 244 juta kes.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Isnin, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 756,362 kes, termasuk 157 kes terbaharu.

Ini diikuti Brazil dengan  605,682 kes termasuk 113 kes terbaharu, India  454,743, termasuk 442 kes terbaharu Mexico  286, 259 kes, termasuk 306 kes terbaharu.

Sementara Rusia kini mencatat  230, 600, termasuk 1,072 kes terbaharu, sekali gus kes harian tertinggi di dunia.

United Kingdom merekodkan  139,533  kematian, Itali   131,826 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117, 467  kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 143,205  kes kematian termasuk 29 kes kematian harian terbaharu.

Indonesia dengan lebih 4.24  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  41,793   kematian diikuti Malaysia dengan  28, 400 termasuk 46 kes kematian terbaharu,  manakala Thailand  18,755 kes.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.43 juta kes termasuk 5,666 kes harian terbaharu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru