Friday, October 7, 2022

Menteri Pengajian Tinggi adakan lawatan sulung ke UNIMAS

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, melakukan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam..

Lawatan sulung beliau telah bermula dari jam 7.30 pagi dengan bersarapan pagi bersama pelajar dan pihak pengurusan Universiti dalam sesi sembang pelajar bersama Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi di Kolej Cempaka, salah sebuah kolej kediaman UNIMAS.

Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah diberi taklimat oleh Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan), Profesor Datu Mohd Fadzil Abd Rahman mengenai proses kemasukan pelajar serta tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pihak pengurusan COVID-19 UNIMAS yang dilaksanakan di kampus.

Seterusnya, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini telah dibawa melawat Galeri Koompassia Excelsa serta tapak pembinaan Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan Prima sebelum ke majlis kemuncak lawatan di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA bagi program Majlis Bersama YBM KPT.

Antara yang menarik sepanjang lawatan rasmi beliau ke UNIMAS ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini turut melakukan majlis penanaman pokok ‘Bucida’ serta berkesempatan menyaksikan penyerahan Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin berupa Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), pelan data daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), dan bakul kasih serta komputer riba daripada Bahagian Endowmen dan Waqaf UNIMAS kepada empat pelajar UNIMAS iaitu Nur Farah Wahida Rebi, Nur Aimy Najwa Rebi, Mohammad Shahrulnizam Hatity, dan Siti Nurjannah Sa-mion.

Sebagai tambahan, sehingga kini, jumlah keseluruhan endowmen dan wakaf yang telah dikumpulkan adalah sebanyak RM21,896,392.82 dan 300 ekar tanah yang diterima dari pihak industri, orang awam dan staf UNIMAS dengan jumlah penerima bantuan terdiri dari pelajar UNIMAS setakat ini ialah seramai 6,100 orang dengan jumlah bantuan yang telah disalurkan sebanyak RM10,930.865.00.

Semasa Majlis Bersama YBM KPT, Datuk Seri Dr. Noraini menjalankan amanat Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari KPT dengan menyampaikan kit ujian Rapid Test Kit (RTK) bernilai RM16,000.00 untuk kegunaan pelajar melalui RTK@CAMPUS, dan baucar makanan untuk FOOD@CAMPUS yang merupakan inisiatif kementerian kepada pelajar-pelajar IPT yang terpilih dan bersasar pada semester 1 2021/2022.

Dianggarkan sebanyak RM336,000.00 telah diperuntukkan untuk FOOD@CAMPUS UNIMAS sepanjang semester 1 2021/2022, melibatkan seramai 250 orang pelajar UNIMAS terdiri daripada kumpulan B40 yang dijangka akan menerima e-baucar tersebut. Untuk memperkasakan sistem penyampaian bantuan kepada pelajar UNIMAS, Pusat Khidmat Pelajar (PKP) dan Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS) UNIMAS telah membangunkan Aplikasi FOOD@CAMPUS di mana agihan bantuan makanan akan dibuat melalui aplikasi berkenaan melalui kaedah QR Code.

Pelajar-pelajar B40 diberikan keistimewaan kembali ke kampus untuk menjalani pengajian secara hibrid atau atas talian dengan menggunakan fasiliti internet di Kolej-kolej Kediaman UNIMAS dan juga diberikan bantuan baucar makanan untuk memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan sebagai pelajar yang sejahtera di kampus.Disamping itu, YBM KPT menggalakkan warga kampus untuk mengambil peluang kemudahan inisatif VACC2CAMPUS #KPTPrihatin iaitu pemberian vaksin kepada warga IPT.

Pelajar-pelajar ini boleh membeli makanan di kafeteria-kafeteria di dalam UNIMAS dengan hanya menggunakan kaedah QR Code melalui aplikasi yang telah dibangunkan oleh UNIMAS mengikut kadar RM15/hari sepanjang semester 1 2021/2022 ini. Disamping itu, YBM KPT menggalakkan warga kampus untuk mengambil peluang kemudahan inisatif VACC2CAMPUS #KPTPrihatin iaitu pemberian vaksin kepada warga IPT.

Secara keseluruhan, Datuk Seri Dr. Noraini meluahkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada UNIMAS atas segala inisiatif dan pengurusan yang baik semasa proses pelajar kembali ke kampus, juga semasa mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) Ogos lepas.

YBM Datuk Seri Dr. Noraini meletakkan harapan tinggi pada potensi Program Penelitian Genom Berskala Besar (Large Scale Genome Surveillance Programme) yang memainkan peranan untuk mengenalpasti varian-varian COVID-19 dalam komuniti. IKPK UNIMAS telah mendapat tajaan RM1.5 juta daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan progam tersebut.

Turut hadir sama sepanjang lawatan rasmi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru