Sunday, July 3, 2022

Kelindan lori maut, motosikal terbabas

Secara Rawak

MUKAH: Seorang kelindan lori maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Mukah Selangau, semalam.

Insiden kira-kira jam 7.30 malam mengakibatkan lelaki yang berusia 30 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Suprintenden Polis(DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, ketika kejadian mangsa, Welta Melaka, menunggang motosikal seorang diri, dipercayai dalam perjalanan dari Selangau menghala ke Mukah.

“Bagaimanapun ketika tiba di suatu tempat di Jalan Mukah Selangau, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami cedera parah di rusuk sebelah kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebagai tindakan lanjut mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah manakala kenderaannya pula dihantar ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru