Sunday, December 5, 2021

Kejohanan Badminton Sarawak bawah 19 tahun dijadual bermula 5 hingga 7 November

Secara Rawak

KUCHING: Kejohanan Badminton Sarawak peringkat pertama bagi kategori perseorangan lelaki dan perempuan berumur di bawah 19 tahun dijadual semula bermula pada 5 hingga 7 November ini.

Perbadanan Sukan Sarawak berkata pertandingan dijadual dilangsungkan di empat lokasi berbeza mengikut zon di seluruh Sarawak.

“Zon pertama meliputi bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman akan berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Sarawak Kuching manakala Zon tengah iaitu Sibu, Sarikei, Bintangor, Mukah dan Kapit akan diadakan di Pusat Transformasi bandar (UTC) Sibu.

“Bagi zon utara iaitu Miri dan Bintulu akan berlangsung di Dewan Badminton Tung Sports Miri manakala zon Limbang dan Lawas akan diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Patiambun Limbang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000.

Sistem pertandingan turut disahkan berdasarkan acara perseorangan dengan menggunakan sistem mata tiga terbaik (21 mata).

Bagi mana-mana yang berminat mengikuti kejohanan diminta menghantar borang pendaftaran dengan yuran sebanyak RM5 seorang daripada kelab atau persatuan berkaitan sebelum 29 Oktober ini.

Pendaftaran pemain perlu menyediakan sijil elektronik sebagai bukti semasa mesyuarat pengurus pasukan atau sebelum pertandingan bermula.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada Bong Nyat Nee di talian 082-579598 atau di emel bong_sba@yahoo.com.my, Jason Yeo (016-8089223) atau jasonyks87@gmail.com, dan Kelvin Jee (012-8787533) atau emel Kelvinjyy9292@hotmail.com.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru