KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 46 kes kematian akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian 28,400 kes.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 12 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Kedah dan Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes.
Ini diikuti Perak (enam), Johor (lima), Sabah, Selangor dan Terengganu masing-masing empat, Pulau Pinang (tiga) serta Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing dua.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 75,947 kes aktif dilaporkan, termasuk 603 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 300 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan kini mencecah 2,431,716.