Sunday, December 5, 2021

Tiga kereta hampir musnah terbakar

Secara Rawak

PADAWAN: Tiga buah kereta hampir musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran awal pagi di Jalan Sari, Kampung Simpok, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira jam 6.06 pagi melibatkan dua buah Perodua Kancil terbakar 85 peratus manakala sebuah Perodua Axia terbakar lima peratus.

Katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Komander operasi melaporkan kebakaran dipadam menggunakan satu salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.44 pagi. Kejadian tidak melibatkan kecederaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru