Thursday, December 9, 2021

Sekurang-kurang 50% peruntukan RMK-12 untuk 6 negeri, termasuk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan diagihkan kepada enam negeri yang kurang membangun di negara ini.

Ini menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, termasuk Sarawak dan Sabah, selain Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Katanya, enam negeri terbabit akan terus diberi keutamaan, sebagai usaha merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, wilayah, bandar dan luar bandar, agar kemakmuran ekonomi dinikmati secara adil dan saksama.

“Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas persekutuan dalam RMK-12 akan diagihkan kepada enam negeri ini, melibatkan penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Pelancaran “Keluarga Malaysia”  di Pusat Konvensyen Borneo, di sini sempena malam tadi.

Malah, jelasnya, pendekatan yang sama juga akan menjadi inti pati Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.

“Dalam merealisasikan matlamat Keluarga Malaysia yang menekankan nilai-nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, kerajaan akan memantau secara dekat pelaksanaan program dan inisiatif yang dirancang, khususnya Sabah dan Sarawak, bagi  memastikan kita sama-sama membangun sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru