Sunday, December 5, 2021

PM: Hospital Petra Jaya dijangka siap  2024

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob turun padang bagi meninjau tapak projek pembinaan Hospital Petra Jaya pada Sabtu.

Dalam sidang media selepas tinjauan berkenaan, Perdana Menteri memberitahu projek yang mengalami kelewatan itu dijangka siap pada tahun 2024.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan perlu dipantau bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

“Pemantauan kerja pembinaan perlu dilakukan bagi mengelakkan projek berkenaan gagal dilaksanakan.

“Kita akan ambil tindakan dengan melantik kontraktor penyelamat tetapi kalau boleh kita elakkan dan yang penting kerja mereka dipantau dan siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

Dato Seri Ismail Sabri menambah, rancangan untuk menempatkan pakar-pakar tertentu akan dibincangkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Amir Omar, timbalan-timbalan menteri persekutuan, menteri muda serta dif-dif kenamaan yang lain.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru