Sunday, December 5, 2021

Kisah 13 anak yang hilang kasih sayang

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia  sempena majlis Pelancaran Keluarga Malaysia malam tadi di sini.

Ia sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia Katanya, yayasan ini akan melebarkan sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain yang turut memerlukan sokongan seumpamanya.

Jelasnya, penubuhan yayasan itu adalah maksud sebenar keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia.

“Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia bersama membantu generasi ini. Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian,” katanya sempena Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo, di sini pada malam Sabtu.

Perdana Menteri menjelaskan, Yayasan Keluarga Malaysia merupakan institusi yang akan membantu anak-anak Keluarga Malaysia dalam memperoleh sokongan terutamanya daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

“Hari ini, dalam usaha kita memeta perjalanan pemulihan, melalui pelbagai program dan inisiatif, saya ingin berkongsi kisah untuk kita insafi bersama,” katanya

“Kisah 13 anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga, hilang tempat bergantung dan berpaut kasih,” katanya.

Adik Nazurah Nabilah Benyajeed, berusia 19 tahun yang terpaksa menjaga tujuh adiknya manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya, dan adik bongsu Hadrami baru berusia 3 tahun.

“Anak-anak ini antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak Covid-19,” jelas Ismail Sabri lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru