Sunday, December 5, 2021

Kes kematian mencatatkan penurunan

Secara Rawak

KUCHING:  Hanya 42 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Sabtu  di negara ini berbanding 78 sehari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow,  daripada jumlah itu, 10 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,354 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,420 juta kes  positif stakat semalam..

Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,728, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) memperlihatkan trend penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 620 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu, termasuk di Sarawak 72.3 peratus.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan mencatat penurunan sejak dua bulan lalu.

Terdapat 297 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru