Sunday, December 5, 2021

Kerjasama penduduk atasi masalah gangguan air di Bintangor

Secara Rawak

BINTANGOR: Penduduk di Rumah Panjang Rentap di sini diminta bersabar dan memberi masa kepada pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sarikei untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di situ.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang turun meninjau masalah itu pada Jumaat menjelaskan JBALB Bahagian Sarikei akan membantu menyambung paip air untuk kegunaan penduduk Rumah Panjang Rentap sementara waktu.

Katanya, kerja-kerja pembinaan Rumah Panjang Rentap yang baharu tetap diteruskan walaupun mengalami masalah kekurangan bekalan air.

Tambah Datuk Ding, dengan penyambungan paip air akan memudahkan penduduk rumah panjang itu menjalankan kerja-kerja pembinaan rumah panjang baharu berkenaan.

Sementara itu, semasa meninjau pemasalahan sama di Perumahan Cina Sungai Mador Bintangor pada hari sama, Datuk Ding berkata gangguan bekalan air kerap kali berlaku dalam minggu ini akibat paip pecah berdekatan dengan Sekolah Rendah Kung Cheng.

Penjelasan itu bagi menangkis tuduhan segelintir penduduk melalu media sosial bahawa gangguan bekalan air di situ sudah berlarutan lebih setahun dan menyalahkan JBALB serta pemimpin tempatan kerana tidak menyelesaikan masalah tersebut.

Sehubungan itu, Datuk Ding memohon kerjasama penduduk di situ untuk bersabar sementara pihak JBALB membaikpulih paip air yang bocor berkenaan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru