Sunday, December 5, 2021

Keluarga Malaysia perlu pastikan hak, keistimewaan Sarawak terus dihormati

Secara Rawak

KUCHING: Konsep Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap dapat memastikan semangat, hak, keistimewaan Sarawak dan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 terus dihormati dan difahami negeri-negeri lain, kata Ketua Menteri.

“Kami di Sarawak amat berharap sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, dan usaha memastikan hak, semangat dan keistimewaan Sarawak serta Sabah dalam konteks Perjanjian malaysia 19673, dihormati, akan semakin difahami ahli keluarga kita di tempat lain,” kata  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya,  inisiatif mengembalikan hak-hak yang telah terhakis bukanlah semata-mata untuk kepentingan Sarawak.

Sebaliknya, kata beliau, usaha itu sebagai langkah ke arah untuk memperkukuh  jati diri warga Sarawak sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar.

Beliau berkata demikian  ketika berucap sempena dengan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam Sabtu.

“Saya amat berharap pendekatan Keluarga Malaysia ini dapat melihat perbezaan-perbezaan yang ada dan merancangkan dasar-dasar pembangunan yang sesuai dengan keadaan di Sarawak mahupun Sabah supaya wilayah-wilayah ini lebih cepat maju mengikut jejak langkah Semenanjung,” jelasnya.

”Saya percaya kebolehan untuk mendengar keluh kesah ahli-ahli keluarga kita juga penting untuk memastikan suasana keluarga kita terus kekal mesra dan muhibah , ” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru