Sunday, December 5, 2021

Keluarga Malaysia bukan slogan semata-mata

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan gagasan “Keluarga Malaysia” yang dicetuskan  kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata, kata

Menurut beliau, sebaliknya, idea itu ialah  semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.

Menggunakan analogi sebuah keluarga, Ismail Sabri berkata sekiranya terdapat anak yang lemah dari segi pembelajaran, sudah pasti mereka akan diberi lebih tumpuan.

“Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang kurang bernasib baik dalam kehidupan, pasti kita akan menghulurkan pertolongan dan tidak membiarkan mereka bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Pelancaran “Keluarga Malaysia” di sini, malam tadi.

“Begitu juga dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini. Keluarga Malaysia seperti golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik akan terus diberikan fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata sejajar dengan konsep “Keluarga Malaysia” pembangunan sosio ekonomi negara di negeri-negeri yang kurang membangun akan terus diberi keutamaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru