Sunday, December 5, 2021

Jelajah Keluarga Malaysia pupuk semangat perpaduan

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk di kawasan Matang dan Sungai Tengah gembira menerima bantuan makanan kering dan kerusi roda untuk warga emas yang memerlukan oleh pihak kerajaan melalui program Jelajah Keluarga Malaysia.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu kita perlu memupuk semangat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat kerana kita sebuah keluarga tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Konsep Keluarga Malaysia merupakan satu situasi yang merujuk kepada keterangkuman dan kebersamaan, justeru semua orang layak menikmati segala pembangunan dan kemudahan yang ada.

“Oleh itu, kita menyambut hari ini untuk mengeratkan perpaduan dan kemesraan antara satu sama lain supaya perasaan kasih sayang dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat,” katanya semalam.

Jelasnya lagi, program Jelajah Keluarga Malaysia diadakan untuk memupuk semangat tolong-menolong dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat dan menjadikan amalan tersebut sebagai satu kebiasaan.

Sementara, program tersebut diadakan selari dengan idea yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru