Sunday, December 5, 2021

Fadillah terus beri perhatian keperluan, kebajikan penduduk di kawasan

Secara Rawak

KUCHING: Keperluan dan kebajikan penduduk di kawasan parlimen Petra Jaya terus diberikan perhatian terutama sekali di bawah program Jelajah Keluarga Malaysia.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya mengadakan program tersebut sempena pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menurutnya, jelajah beliau tersebut juga melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Satok, Samariang dan Tupong.

“Satok saya sudah melawat pagi tadi, dan ia juga melibatkan program penyerahan bantuan persekolahan untuk pelajar cemerlang.

“Manakala, di sini (Samariang) saya bersama-sama dengan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Adun Samariang) mendampingi masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat sebuah rumah di No.47, Jalan Cenderawasih Lorong 2A, di Kampung Semerah Padi, di sini, hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru