Thursday, December 9, 2021

Beri perhatian kepada Sarawak sebagai satu Keluarga Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap pendekatan Keluarga Malaysia  yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dapat melihat perbezaan khususnya dari aspek pembangunan di wilayah Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung.

Menurut Ketua Menteri,, kerajaan negeri tidak menafikan Kerajaan Persekutuan sudah melaksanakan pelbagai program pembangunan di Sarawak termasuk projek Lebuh raya Pan Borneo.

Namun,  kata beliau, apa-apa yang sudah dilaksanakan itu belum memadai bagi memastikan Sarawak dapat mengejar tahap pembangunan seperti di Semenanjung.

“Ibarat alam suasana sebuah keluarga, setiap ahli   keluarga itu mempunyai perbezaan memerlukan layanan yang berbeza-beza,” jelasnya.

“Sebagai ketua kerajaan Sarawak, saya melihat kaedah yang berbeza haruslah direncanakan untuk mengangkat status ekonomi di Sarawak kerana fundamental ekonomi negeri ini agak berbeza dengan Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia Peringkat Nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

“Saya amat berharap pendekatan Keluarga Malaysia ini dapat melihat perbezaan yang ada dan merencanakan dasar pembangunan yang sesuai dengan keadaan di Sarawak dan Sabah,” katanya.

“Ini perlu supaya wilayah-wilayah ini lebih cepat maju mengikut jejak langkah Semenanjung,” katanya lagi.

“Sebagai ketua keluarga di Sarawak, saya melihat kaedah berbeza harus dirancang untuk mengangkat status ekonomi di negeri ini,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru