Sunday, December 5, 2021

Angka kematian dunia menuju lima juta

Secara Rawak

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini  menuju lima juta kes.

Setakat pagi ini sudah terdapat lebih daripada  4.95 juta kematian manakala jumlah jangkitan lebih daripada 244 juta kes.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Ahad, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 756,205 kes, termasuk 484 kes terbaharu.

Ini diikuti Brazil dengan  605,569 kes termasuk 358 kes terbaharu, India  454,301, termasuk 559 kes terbaharu Mexico  285, 953 kes, termasuk 284 kes terbaharu sementara Rusia kini mencatat  229, 528, termasuk 1,075 kes terbaharu, sekali gus kes harian tertinggi di dunia.

United Kingdom merekodkan  139,461  kematian, Itali   131,802 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117, 463  kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 143,176  kes kematian termasuk 23 kes kematian harian terbaharu.

Indonesia dengan lebih 4.23  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  41,585    kematian diikuti Malaysia dengan  28, 534 termasuk 222 kes kematian terbaharu,  manakala Thailand  18,699 kes.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.42 juta kes termasuk 5,828 kes harian terbaharu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru