Sunday, December 5, 2021

91 peratus populasi dewasa di Sarawak terima vaksin

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 72.4 peratus atau 23.66 juta individu daripada populasi keseluruhan di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut  portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM), 77.6 peratus atau 25.355 juta daripada populasi keseluruhan  menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Mnkl populasi dewasa, seramai 22.126 juta individu atau 94.5 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Sebanyak 97.4 peratus atau 22.808 juta populasi dewasa di negara ini telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos termasuk 90.9 peratus di Sarawak.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.9 peratus), Pulau Pinang (97.6 peratus), Perlis (96.5 peratus), Johor (95.8 peratus), Melaka (91.6 peratus) dan Terengganu (90.7).

Ini diikuti Kedah (85.7 peratus), Perak (85.3 peratus) dan Pahang (84.2 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (72.0 peratus), diikuti Kelantan (77.3 peratus)

Dalam pada itu, 1.533 juta atau 48.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 113,547 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru