Sunday, December 5, 2021

Sarawak ada kelebihan dalam acara perniagaan

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merupakan negeri yang luar biasa dalam terutama dalam acara perniagaan kerana menjadi negeri pertama menubuhkan biro konvensyen pada tahun 2006 iaitu Biro Konvensyen Sarawak yang kini dikenali sebagai Business Events (BE) Sarawak.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri berkata, Sarawak mempunyai kelebihan yang jelas dalam pembuatan kandungan, idea inovatif, kreativiti, industri bertenaga muda, dan sokongan industri strategik yang menjadikannya destinasi pilihan bagi penganjur acara.

“Untuk sektor acara perniagaan, Sarawak mempunyai kelebihan yang jelas dalam pembuatan kandungan, idea inovatif, kreativiti, industri bertenaga muda, dan sokongan industri strategik yang menjadikannya destinasi pilihan bagi penganjur acara,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis pelancaran Meet in Malaysia @ Sarawak 2021 dan Kuching Hybrid City Alliance di Hotel Imperial, Kuching pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, beliau gembira mengetahui bahawa dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari kepemimpinan negeri, Sarawak telah meletakkan dirinya sebagai salah satu destinasi utama untuk segmen acara perniagaan

 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru