Sunday, December 5, 2021

KL catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Secara Rawak

KUCHING: Kuala Lumpur mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi Covid-19 di negara ini dengan 1.02.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Selangor, Sabah dan Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitternya, Johor, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Perlis mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Manakala, katanya, Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru