Sunday, December 5, 2021

Kebajikan golongan nelayan, petani sentiasa jadi perhatian kerajaan

Secara Rawak

LUNDU: Kerajaan Sarawak atau Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa prihatin dengan golongan petani dan nelayan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, kerajaan telah menyediakan bantuan untuk mereka dan mereka perlu menggunakannya dengan sebaiknya.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa prihatin dengan golongan petani dan nelayan supaya mereka tidak perlu mengeluarkan duit sendiri dan mendapat lebih pendapatan, jadi gunakan bantuan ini dengan sebaiknya,” katanya dalam simbolik Majlis Penyerahan Bantuan Baja dan Kelapa Sawit serta penyerahan Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan Darat di Perkarangan Pejabat Pertanian Lundu pada Jumaat.

Ujar Datuk Amar Jamilah, sebanyak 828 beg baja lada yang berjumlah RM 68,482 telah diagihkan kepada seramai 69 orang penerima.

Manakala untuk bantuan baja kelapa Sawit pula, sebanyak 2796 beg baja tersebut yang berjumlah RM227, 664 diagihkan kepada seramai 248 orang.

Bagi bantuan input peralatan perikanan nelayan darat pula, seramai 282 orang yang menerima peralatan bernilai RM 2,000 dan jumlah peruntukkan keseluruhannya berjumlah RM564, 000.

Dalam pada itu, ADUN Tanjong Datu itu juga telah melepaskan sebanyak 5,595 ekor dengan saiz 4 hingga 5 inci setiap ekor bibit ikan siakap di Sungai Batang Kayan Lundu.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru