Sunday, December 5, 2021

Jumlah kematian di Malaysia lebih 28,000

Secara Rawak

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.95 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 243 juta.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Sabtu, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 755, 647 kes.

Ini diikuti Brazil dengan  605,211 kes, India  453,742, Mexico  285, 953 kes, sementara Rusia kini mencatat  228,453 kes.

United Kingdom merekodkan  139,326  kematian, Itali   131,763 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117, 440  kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 143,153  kes kematian.

Indonesia dengan lebih 4.23  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  41,520    kematian diikuti Malaysia dengan  28, 312 kes manakala Thailand  18,699 kes.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.42 juta kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru