Sunday, December 5, 2021

Jumlah kemasukan ke ICU terus menurun

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) di negara ini terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, terdapat 643 kes aktif di  Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada akhir Ogos lalu.

Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 60.4 peratu.

Namun katanya lagi,  empat negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Sarawak (77.7 peratus), Kelantan (74.2 peratus), Perak (71.3 peratus), dan Putrajaya (70,0 peratus).

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu.

Katanya, terdapat 320 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru