Sunday, December 5, 2021

Hampir 94.5 populasi dewasa sudah terima dos lengkap

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 94.4 peratus  atau 22,109,534 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 setakat malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal CovidNow, 22,803,407 individu atau  sebanyak 97.4 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusiProgram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  Remaja yang bermula sejak 8 Sept lepas.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi  PICK yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru