Sunday, December 5, 2021

ADUN Meradong tinjau tapak projek RTP 

Secara Rawak

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menyerahkan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk meratakan tapak tanah rumah baharu Rumah David Nyalin, Tanah Putih pada Khamis.

ADUN Meradong menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan dana projek RTP tersebut yang berjumlah RM100,000.

Katanya, pelaksanaan projek RTP banyak membantu untuk menyelesaikan pembangunan infrastruktur di luar bandar dalam aspek meratakan tapak tanah rumah panjang yang baharu.

Pada hari yang sama, ADUN Meradong juga telah membuat lawatan kerja bagi menyaksikan kerja membaik pulih jalan utama di Jalan Tong Ah dan Hap Hing Sungai Tulai melalui Program Pembangunan Komuniti Projek Rakyat Meradong di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

Dalam pada itu, Datuk Ding menzahirkan ucapan terima kasih dengan seliaan dan kerjasama melalui MDMJ kerana sentiasa membuat pemantauan dan memastikan projek mengikut komponen pelaksanaan projek yang dicadangkan.

Selain itu, penduduk di kawasan tersebut turut berasa gembira dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khasnya ADUN Meradong kerana membaikpulih jalan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru