Sunday, December 5, 2021

94 penduduk Kabong bakal nikmati kediaman lebih selesa

Secara Rawak

KABONG: 94 lagi penduduk di DUN Kabong bakal menikmati kediaman yang selesa menerusi inisiatif Program Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Menurut ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir, kesemua penerima untuk fasa tersebut telah diluluskan dari zon tengah melibatkan Kampung Alit, Kampung Sg Muroh, Kampung Gerigat, Kampung Sessang, Kampung Nyabor, Kampung Emplam, Pekan Roban dan beberapa rumah panjang.

Katanya, penerima terdiri daripada pemohon-pemohon yang telah membuat permohonan di Pusat Khidmat ADUN Kabong dan rata-rata pemohon memohon untuk baik pulih atap.

Bercakap semasa Majlis Simbolik Penyerahan Projek MRP PPRMS DUN Kabong pada Jumaat, Mohd Chee amat berterima kasih kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha meneruskan projek ini untuk membela golongan yang memerlukan bantuan membaik pulih rumah.

Hadir sama wakil Pegawai Daerah Kabong, Awangku Safaie Awangku Sabli; Jurutera MDS, Justine Charles Gilbert; Penghulu Batni Saidon, Penghulu Kamaluddin Rambli dan Penghulu Satu @ Michael Daji Awi.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru