Sunday, December 5, 2021

78 kes kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia setakat ini

Secara Rawak

KUCHING:  Terdapat 78 kes  kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini semalam.

Dengan itu,  jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,312.

Ini  merupakan kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia setakat ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 17 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan..

Katanya, jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,718, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat Covid-19.

Manakala jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 643 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru