Sunday, December 5, 2021

72.2 peratus populasi keseluruhan Malaysia terima dos lengkap

Secara Rawak

KUCHING: Sejumlah 72.2 peratus atau 23.565 juta individu  daripada populasi keseluruhan  di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 77.6 peratus atau 25.344 juta daripada populasi keseluruhan menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula,  22.109 juta individu atau 94.4 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Manakala, 97.4 peratus atau 25.344 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos vaksin kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus),  dan Negeri Sembilan (100.9 peratus)

Katanya, Pulau Pinang (97.4 peratus), Perlis (96.5 peratus), Johor (95.7 peratus), Melaka (91.6 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.7).

Ini diikuti Kedah (85.7 peratus), Perak (85.3 peratus) dan Pahang (84.1 peratus).

Paling rendah pula ialah Sabah (71.8 peratus), diikuti Kelantan (77.3 peratus).

Dalam pada itu,  1.456 juta atau 46.3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 157,999 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru