Sunday, December 5, 2021

221 murid dari Kedup terima bantuan Yayasan Sarawak

Secara Rawak

SERIAN: Seramai 221 orang murid dari kawasan Kedup yang akan melangkah masuk ke tahun 1 pada tahun 2022 menerima baucar bantuan pakaian seragam daripada Yayasan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben telah menyempurnakan penyampaian baucar bantuan pakaian seragam kepada 22 orang guru besar sekolah rendah bagi mewakili murid-murid dari sekolah masing-masing pada Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak, Louis Simon Peter berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa yang mempunyai ramai tanggungan apabila sesi persekolahan dibuka pada tahun depan.

Beliau menambah, sejak Yayasan Sarawak ditubuhkan tahun 1971, pelbagai jenis bantuan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman telah diperkenalkan dan diberi kepada pelajar-pelajar yang layak.

“Untuk memenuhi permintaan yang semakin ramai pihak Yayasan Sarawak sentiasa meningkatkan peruntukan agar lebih ramai dapat dibantu,” katanya.

Dalam pada itu, Martin Ben merakamkan penghargaan kepada Yayasan Sarawak dengan program bantuan yang diadakan pada setiap tahun.

“Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan negeri ke atas pendidikan dan pencapaian anak-anak Sarawak ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru