Sunday, December 5, 2021

UNIFOR terus bantu rumah ibadat di Sarikei

Secara Rawak

SARIKEI: Dua lagi rumah ibadat di sini menerima peruntukan sumbangan Kerajaan Negeri menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Peruntukan berkenaan telah diagihkan oleh ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii semasa lawatan ke rumah ibadat berkenaan pada Jumaat.

Terdahulu, beliau telah menyerahkan dana UNIFOR berjumlah RM300,000 kepada Tokong Fu Gui Ting untuk pada tahun 2020 dan 2021.

Beliau kemudiannya menyampaikan geran dalam jumlah sama kepada St Anthony Church.

Semasa penyerahan sumbangan, Huang berkata meskipun peruntukan diberikan UNIFOR bukannya jumlah yang penuh namun Kerajaan Negeri jelasnya tetap membantu rumah-rumah ibadat di negeri ini mengikut keperluan.

Beliau juga berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan yang berwibawa membolehkan rakyat di negeri ini menikmati kestabilan politik dan ekonomi.

Dalam majlis berasingan di Pusat Khidmat DUN Repok, Dato’ Sri Huang telah menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM40,000 kepada 20 badan bukan kerajaan (NGO).

Senarai penerima geran adalah Kelab High Five, Sarawak Teachers’ Union Sarikei Division, Kelab Jabatan Pertanian Daerah Sarikei, PERKEP Bahagian Sarikei, Persatuan Perubatan Kecemasan Sarikei, Kelab Pengadil Bola Sepak & Futsal Sarikei, Persatuan Bolasepak Bahagian Sarikei, Kelab Sukan Rekreasi Goyang, Sarikei, Persatuan Usahawan Katering Bumiputera Sarikei dan JKKK Alamanda.

Turut menerima adalah Sarikei Life Care Society, Persatuan Bola Tampar Sarikei, Persatuan Kebudayaan Fizikal Tai Chi Sarikei, Kelab Sukan Rekreasi Uni, Sarikei, Persatuan Tai Chi Sarikei, Persatuan Agama Buddha Tantrayana, Dental Health Education Committee, Hari Guru Celebration Sub Committee, Love And Rescue Animals Club Sarikei District dan Kelab Pensyarah Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Rajang. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru