Sunday, December 5, 2021

Tanah Perkuburan Islam baharu Sarikei sudah dibuka

Secara Rawak

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh telah menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei pada Jumaat.

Tanah Perkuburan Islam Baru Sarikei tersebut adalah pemangkin kepada pelan pembangunan menyeluruh kawasan Sungai Sentebu, Sarikei.

“Dengan rasminya hari ini membuka perkuburan baharu Islam di Sarikei di mana 10 tahun yang lepas kita telah memohon tanah perkuburan ini daripada Kerajaan Negeri.

“Alhamdulillah telah diluluskan pada dua tahun yang lepas berukuran seluas 10 hektar atau 25 ekar. Untuk fasa pertama ini, kita akan membangunkan prasarana-prasarana asas,” katanya kepada media semasa majlis berkenaan.

Selain itu, tanah perkuburan baharu itu katanya bukan sahaja menyelesaikan masalah ruang terhad di tanah perkuburan sedia ada mala ianya juga mengakhiri penantian masyarakat Islam Sarikei sejak sekian lama. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru