Sunday, December 5, 2021

Spekulasi PRN-12 Sarawak terus hangat

Secara Rawak

SRI AMAN: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak menyangkal dakwaan telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa

‘’Saya ada bertanya mengenai perintah darurat, Baginda pula bertanya tentang Covid-19. Bukan kuasa saya, itu kuasa Agong, kalau dia kata pilihan raya, pilihan rayalah.

Menurut Abang Johari, U selain berbincang mengenai situasi terkini Covid-19 di Sarawak, perbincangan dengan baginda turut melibatkan hal berkaitan perintah darurat.

Yang di-Pertuan yang mempunyai kuasa untuk menarik balik proklamasi darurat yang sepatutnya berakhir pada 2 Februari 2022.

“Negeri sebelah sana sudah hendak nak adakan pilihan raya. Beduk nak berbunyi, macam-macam cerita.  kita  serah kepada rakyat untuk menilai, negeri ditentukan kepada rakyat, “ katanya merujuk kepada pilihan raya negeri Melaka pada 20 Nov ini.

“Pemimpin  akan bertukar ganti, yang penting ialah kita usahakan supaya negeri kita selamat dan terus membangun,” katanya dalam satu majlis di sini, semalam.

Astro awani semalam yang memetik sumber melaporkan, urus setia GPS dikatakan telah meminta parti komponen mengemukakan senarai calon.

Penggal DUN Sarawak telah berakhir Jun lalu, tetapi ditangguhkan hingga Februari tahun depan.

Ditanya  media tentang spekulasi berhubung Pilihan Raya Negeri Sarawak, Abang Jo berkata: ‘’Tunggu dua, tiga hari … tunggulah saya pun tunggu juga,’’ tambahnya.

Pada Rabu, media melaporkan Abang Jhari  bakal membubarkan DUN Sarawak hari ini.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  akan ke bandar raya ini untuk pelancaran program Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching esok.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru