Sunday, December 5, 2021

Sarawak rekodkan 750 kes

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 750 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 235,215.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 732 kes atau 97.60 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala 18 kes atau 2.40 peratus merupakan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi iaitu 217, diiringi oleh Miri (143); Sibu (97); Bintulu (53); Serian (44); Limbang (37); Lawas (22); Kapit (13); Sarikei, Betong dan Samarahan (11); serta Sri Aman (10).

“Manakala Meradong (9); Kanowit (8); Belaga (7); Saratok, Baud an Song (6); Subis (5); Kabong, Simunjan, Julau, Tebedu dan Selangau (4); Marudi dan Asajaya (3); Dalat dan Sebauh (2); Pakan, Telang Usan, Bukit Mabong dan Beluru (1),” kata JPBN, hari ini.

Dalam pada itu, menurut JPBN lagi terdapat 18 kes kematian direkodkan di negeri ini dari 14 Oktober hingga 21 Oktober, semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru