Sunday, December 5, 2021

Sarawak rekodkan 18 kematian

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dari 14 Oktober hingga 21 Oktober  lalu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 31 tahun hingga 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 750 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkenaan setakat ini 235,215 kes.

Jelasnya, daripada kes baharu itu 732 kes atau 97.60 peratus ialah kategori satu dan dua.

Terdapat 18 kes atau 2.40 peratus bagi kategori tiga, empat dan lima.

Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 217 kes diikuti Miri (143),” katanya.

Katanya, daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kes.

Lapan daerah iaitu Mukah, Daro, Pusa, Matu, Lundu, Tatau, Tanjung Manis dan Lubok Antu  tiada merekodkan kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru