Sunday, December 5, 2021

Rakyatlah yang menentukan nasib dan masa depan Sarawak

Secara Rawak

SRI AMAN: Kemantapan kewangan Kerajaan Sarawak adalah hasil perancangan bijak dan kestabilan politik di negeri ini.

Menurut  Ketua Menteri Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg, rakyatlah yang menentukan nasib dan kedudukan negeri ini sehingga stabil.

Justeru, katanya, amat penting untuk rakyat pelbagai kaum di Sarawak terus mengekalkan keadaan harmoni dan stabil.

“Kita belum lagi berdepan dengan pilihan raya, namun orang di seberang tidak lama lagi mengadakan pilihan raya,” jelasnya merujuk kepada PRN Melaka yang diadakan pada 20 Nov ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Agensi Pembangunan Sri Aman di sini, semalam.

Abang Johari menyatakan, bahawa hasil perancangan berhemat kerajaan negeri, Sarawak berjaya memperoleh hampir RM7 bilion daripada hasil cukai minyak dan gas.

Katanya,  katanya, meskipun kerajaan membuat perancangan baik dan mempunyai dana, namun jika rakyat berpecah belah, segala pembangunan yang dirancang tentu akan terbantut.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak telah membentangkan belanjawan besar sekitar RM10 bilion setiap tahun sejak Abang Johari menjadi Ketua Menteri.

Malah, RM5. 3 bilion dibelanjakan untuk memerangi Covid-19 dan membantu rakyat melalui pelbagai pakej bantuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru